Entry: lari seribu liku.... Friday, September 23, 2005




Lari tuh sendiri ada banyak maksud.Lari masaalah, lari dari kenyataan dan lari dari rumah( tuh kerja bodoh namanya) dan bila orang sendiri berhadapan dengan keadaan sebegini mereka akan cuba untuk mengelak dengan pelbagai cara.Kalau lari dari masaalah ialah dengan tidak memikirkan perkara tersebut atau tidur sebab bila tidur,masaalah itu hilang untuk sementara.

Kalau lari dari kenyataan pulak ada macam-macam cara.Kalau akal pendek, bunuh diri orang tuh sebab tak bole menerima sesuatu yang dia tidak bersedia dari segi mental dan fizikal.Manakala,orang yang lari dari rumah selalunya sebab masaalah keluarga dan pada asalnya rumah itu tempat paling aman jadi zon kawasan tak selamat

Bagi aku,aku tak tahu apa yang istimewanya berlari ni padahal aku ni bukan peminat besar dalam bab-bab yang berkenaan dengan mengerakkan terlalu banyak anggota badan tapi sejak kebelakangan ini aku rasa berlari itu agak menyenangkan.Bila aku lari seolah semua masaalah itu hilang sebentar dan minda aku tertumpu dengan niat sebenar aku dan dalam masa yang sama mood atau kepantasan aku lari berdasarkan lagu apa yang dimainkan di telinga aku ketika itu.Aneh bila ada kepenatan dan kurang oksigen untuk bernafas seolah-olah itu melambangkan aku sudah melepaskan masaalah aku satu per satu.Setiap kali aku rasa ingin berhenti sebab keletihan,aku akan memaksa diri untuk terus sambung dan mengatakan pada diri sendiri bahawa destinasi kita selepas ini tak jauh,maka hanya terus bersabar dan berlari.

Mungkin bagi sesetengah orang aku dianggap aneh kerana seolah-olah aku bercakap dengan diri sendiri oleh pihak ketiga tapi secara amnya,itulah yang aku rasakan setiap kali aku berlari atau berjalan dalam jarak yang jauh

Setiap orang ada cara untuk melepaskan masaalah dan kadang-kadang cara mereka jauh lebih aneh.Aperpun jika kita menghadapi satu masaalah, jangan lari tapi ambil masa untuk tenang dah kembalikan rasional kita dan kemudian selesaikan satu per satu dengan sabar dan doa.

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments